Saturday 3 March 2018

ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (SIRI PTM)

Asslamualaikum,

Ini adalah sambungan bagi PENJAWAT AWAM: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (1). Boleh klik link ni, ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Seperti yang diberitahu dalam post yang sebelum ni, salah satu syarat untuk pengesahan dalam perkhidmatan awam adalah menghadiri Kursus Transformasi Minda (PTM) dengan jayanya. 

Jadi, saya telah menghadiri PTM dengan jayanya pada 24.02.2018 sehingga 02.03.2018 (8 hari 7 malam) bertempat di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. PTM ini adalah anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) since saya adalah warga MOSTI. Tapi, ada juga yang anjuran JPA, dan korang boleh join juga. PTM ni tak semestinya anjuran kementerian kita. Tapi depends la pada korang nak pergi yang under JPA atau kementerian. Yang penting, kena pergi PTM, kalu tak nak terkandas!

Kenapa perlu hadiri PTM ni? Ini sebabnya:


  1. Memberi pendedahan kepada pegawai awam mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem kenegaraan, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam.
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotism pegawai, supaya berketrampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.
Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri antara 10-11 ahli. Since kami adalah 61 orang, so, 5 kumpulan mempunyai 10 ahli dan 1 kumpulan mempunyai 11 ahli. Kami dikehendaki untuk memberi nama, mencipta logo & war cry untuk kumpulan masing-masing. Since kami adalah dari MOSTI, nama kumpulan perlulah bertemakan Sains, Teknologi dan Inovasi. 

Jadi, kumpulan saya diberi nama Autotech. Autotech merujuk kepada Automatik Teknologi di mana pada masa hadapan kebanyakan teknologi adalah automatik iaitu mampu untuk bergerak sendiri mengikut arahan yang telah ditetapkan. 

Autotech team!
Kumpulan-kumpulan lain pula adalah seperti berikut:

  1. Molecule
  2. Infenion
  3. Prevision
  4. Kainotamia
  5. The Quarks
Nama kumpulan pun kreatif you guys!!


Jadi apa pengisian kepada PTM itu sendiri?

Kita tengok semula sebab menghadiri PTM seperti yang di atas. Antara pengisiannya adalah:

  1. Overview perkhidmatan awam
  2. Pemikiran kritis dan inovatif
  3. Peranan & kemudahan penjawat awam
  4. Pengurusan pelanggan
  5. Ketrampilan diri
  6. Pengurusan kewangan
  7. Sistem pentadbiran negara
  8. Hala tuju Negara
  9. Menjana negara sejahtera & bahagia
  10. Nilai-nilai murni
  11. Dasar Wasatiyyah Negara
  12. Pengurusan rohani
  13. Pengurusan integriti & keselamatan 
  14. Hala tuju & dasar Mosti
  15. Laluan kerjaya dalam perkhidmatan awam
  16. Pengurusan kewangan
  17. Negaraku Berinovasi
  18. Mengutamakan masyarakat
  19. Pembangunan sahsiah diri & ujian psikologi
  20. Pengurusan integriti & keselamatan  (Isu rasuah & integriti)
  21. Tatakelakuan & tatatertib perkhidmatan awam
Ini adalah cerama-ceramah yang perlu didengar, difahami dan diterap dalam diri setiap penjawat awam agar mampu untuk membawa Malaysia ke satu aras yang lebih tinggi. 

Manakala bagi aktiviti berkumpulan pula, kami dipupuk dengan nilai kerjasama, saling menghormati, saling percaya antara satu sama lain, saling menyokong dan sentiasa berkongsi idea, belajar untuk meluahkan pendapat , belajar untuk mendengar pandangan orang lain dan menjadi satu pasukan dengan kelebihan tersendiri. 




Secara keseluruhannya, PTM adalah satu platform untuk pegawai baru memahami tangunggjawab sebagai penjawat awam dan menjadi 'team player' yang baik dalam sesuatu organisasi. 

Memang tidak dinafikan PTM membosankan apabila tiba untuk mendengar ceramah tetapi bosan itu mengajar erti sabar dan kita perlu bersabar dalam apa jua keadaan.

Dan PTM itu sendiri mencipta satu kenangan yang akan disimpan di dalam hati setiap peserta di mana ia adalah sesuatu yang bernilai pada masa hadapan. Ia boleh membuatkan kita tersenyum sendirian tatkala mengingati PTM. 

Peserta PTM bagi siri 1, tahun 2018 MOSTI
Apa yang menarik dengan PTM Mosti ini adalah, pertemuan kami semua pegawai baru MOSTI dan agensi-agensi di bawah MOSTI seperti:

  1. Agensi Remote Sensing Malaysia
  2. Agensi Nuklear Malaysia
  3. Jabatan Matereologi Malaysia
  4. Lembaga Perlesenan Atom Malaysia
  5. Planetaruim
  6. Pusat Sains Negara 
  7. Jabatan Kimia Malaysia
Yang menariknya, kami dapat mengetahui fungsi setiap jabatan masing-masing, berkongsi pandangan dan lain-lain. Seronok belajar sesuatu yang baru. 

Saya sendiri juga belajar sesuatu yang baru and it was really a great platform to learn and sharing. Such a great experience!!

So, setakat ini dululah buat masa ini. 

Nanti kita share lagi!

War cry: Autotech, autotech, barulah maju (Gaya dato' vida)



No comments:

Post a Comment